SK Bandaran
Sibu No.2 telah dibuka pada tahun 1961 dengan dikenali sebagai SUDC No.2
Primary School. Sejak tahun 1975 kerajaan telah mengambilalih sekolah ini.
Pengambilalihan oleh kerajaan juga melibatkan pertukaran nama sekolah. Sejak
itu nama sekolah telah ditukar kepada SRK Bandaran Sibu No.2.
Pada
permulaannya lima orang guru termasuk guru besar berkhidmat di sekolah ini.
Bilangan kelas ketika itu ialah 4 buah yang terdiri daripada dua aliran; dua
buah kelas aliran Bahasa Inggeris dan dua buah lagi aliran Bahasa Cina. Seperti
sekolah lain, sekolah ini tidak terkecuali daripada perubahan dasar pendidikan
iaitu perubahan aliran daripada aliran Bahasa Inggeris kepada aliran Bahasa
Melayu. Perubahan aliran ini berlaku pada tahun 1977.
Sekolah
yang didirikan di atas tapak tanah seluas 1.954 ekar dan didermakan oleh En.
Lau Tiing Long pada mulanya terdiri daripada satu bok bangunan. Dua buah blok
bangunan baru dibina masing-masing pada tahun 1969 dan 1978 menjadikan
tiga blok yang kekal hingga sekarang. Pada tahun 2005 satu blok lagi didirikan
iaitu blok makmal komputer.
Semasa
penubuhannya pada 1961,bilangan pelajar adalah berjumlah 90 orang.
Bilangan pelajar bertambah sejajar dengan pertambahan bangunan sekolah. Pada tahun
1969 bilangan pelajar bertambah ke 120 orang. Jumlah pelajar terus bertambah ke
1100 orang pada 2000. Tetapi pada tahun 2001 banyak murid telah berpindah ke
sekolah baru, SK Sentosa. Jumlah pelajar terus jatuh apabila SK Sibu Jaya
dibuka. Sekarang jumlah murid sekolah ini adalah lebih kurang 350 – 400 orang
sahaja. Pelajar-pelajar adalah berbilang kaum dan majoritinya adalah
bumiputera.
Senarai Guru Besar yang pernah
berkhidmat di sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:
Bil
|
Tahun
|
Guru Besar
|
1
|
1961
|
En. Lau Ping Yii
|
2
|
1962 – 1963
|
Pn. Wong Pick Ngiik
|
3
|
1964 – 1969
|
Cik Chin Mee Kiuk
|
4
|
1969 – 1985
|
En. Lim Ho Chuan
|
5
|
1986 – 1992
|
En. Tan Hock Seng
|
6
|
1993 – 1997
|
En. Liew Siew Liong
|
7
|
1997 – 2002
|
En. Ting Siew Nguong
|
8
|
2002 – 2011
|
En. Liew Siew Liong
|
9
|
2011 -
|
En. Liong Jun Fuk
|
No comments:
Post a Comment